Translate

Lokasi Percutian Menarik Di Sekitar Bandar Sungai Petani


Bandar Sungai Petani
===============
Bandar Sungai Petani akan dinaik taraf sebagai bandaraya menjelang tahun 2015 menjadi Kedah antara negeri yang mempunyai dua bandaraya di Malaysia selain Selangor dan Sarawak. Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah akan ditukar kepada Majlis Bandaraya Sungai Petani.

Sektor perumahan berkembang pesat di Sungai Petani. Semenjak tahun 1990-an, bandar Sungai Petani menerima pelaburan besar oleh syarikat-syarikat pemaju perumahan. Taman Ria, Taman Ria Jaya, Taman Peruda, Taman Mutiara Indah, Taman Berlian merupakan perumahan terancang yang terawal di Sungai Petani.


Menjelang tahun 1999 sehingga 2007, beberapa bandar baru dimajukan antaranya ialah Bandar Aman Jaya, Bandar Mutiara, Bandar Puteri Jaya, Bandar Sri Astana, Bandar Sri Cendana, Legenda Heights, Bandar Laguna Merbok, Bandar Puteri Hill Park dan Cinta Sayang Resort Homes. Sebuah kondominium mewah telah dibina pada tahun 2008 oleh EUPE Corporation di dalam kawasan perumahan elit Kelab Cinta Sayang. Kondominium itu diberi nama Sky Residences.

Kini Bandar Sungai Petani adalah kawasan perumahan terbesar di Kedah mengalahi Bandaraya Alor Setar selaku ibu negeri. Bandar ini juga adalah kawasan perindustrian terbesar disebabkan faktor bandar ini dekat dengan Bandaraya Pulau Pinang iaitu bandaraya kedua utama di Malaysia.



Pantai Merdeka
==============
Pantai Merdeka (Independence Beach) is one of the most popular beaches on the mainland of Kedah in Malaysia. Located in Kuala Muda district, about 26 km from Sungai Petani is the perfect destination for one to relax and enjoy the sea breeze of the one kilometer stretch long sandy beach shaded by trees. It is a famous seaside picnic spot for the locals and the neighbouring states of Penang and north Perak.The beach is also excellent for swimming at high tide. Wide range of watersport activities available here such as Banana Boat riding, sailing, waterskiing,surfing, canoeing are popular along the stretch of coastal water.

And for those with a taste for some island marooning and island-hopping, there is a cluster of three islands off Yan district near Kota Kuala Muda. They are Pulau Bunting, Pulau Song Song and Pulau Bidan. The local boatmen with their sampan docked at the beach area are readily available to ferry visitors to the islands.Visitors can also get an insight of the fishing village lifestyle by taking a 10-minute boat ride to the nearby Telok Nipah and Kampung Pulau Sayak. At the beach, there is a historical remnant of World War II bunker which was built in 1941 by the British to protect the inhabitants from falling bombs or other attacks from Japanese invasion.


 

Lembah Bujang 
=============
Lembah Bujang merupakan kawasan yang dikenali sebagai Sungai Batu, proses cari gali telah mendedahkan sisa jeti, tapak peleburan besi, dan binaan batu-bata yang bertarikh 110SM, menjadikannya binaan manusia tertua yang pernah direkodkan di Asia Tenggara. Binaan Chandi menunjukkan sejak awal abad Masihi hingga 20 Masihi, Lembah Bujang mempunyai perhubungan yang sangat intim dengan aktiviti perdagangan maritim di antara beberapa negara di Asia, China, Asia Barat dan India.


Perkembangan pelabuhan entrepotnya sering dikaitkan dengan kerajaan Thalassocracy Srivijaya. Penemuan tapak tanah bersejarah dengan beratus ribu pecahan seramik, kaca dan manik sama ada dari China, Asia Barat, India atau tempatan, runtuhan candi pengabdian terhadap Buddha atau Hindu, struktur bandar atau pelabuhan yang tenggelam, artifak budaya seperti patung-patung atau arca, batu bersurat dan peralatan yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat telah menobatkan gugusan ini sebagai tempat terasasnya negara pesisiran Kedah purba.

 

Sungai Mas dan koridor Sungai Muda merupakan tapak tanah sejarah yang merentasi zaman prasejarah kebudayaan Hoabinhian, protosejarah dan sejarah. Walaupun penyelidikannya telah menjangkau seratus lima puluh tahun, tetapi usaha membongkar, menyingkap dan merekonstruksi sejarah, peranan dan perkembangannya masih menjadi perdebatan dan belum menemui titik pertemuan.

Status dan potensinya yang diperakui oleh peserta projek Intra-ASEAN : Ekskavasi Arkeologi dan Konservasi Lembah Bujang, Kedah 1985, serta diperakui di dalam Malaysian Book of Records kerana memiliki berpuluh ribu manik purba dan salah satu lokasi pembuat manik di kawasan Indo-Pasifik menjadikan ia tapak yang komprehensif. Pelabuhan yang sangat diperlukan dan memiliki laluan transpeninsular yang menghubungkan Kedah Purba - Langkasuka (Patani) meletakkan ia sebagai bandar pelabuhan yang terbilang.



Clock Tower 

=============
Di pusat bandar terdapat sebuah bangunan bersejarah iaitu Jam Besar yang dibina pada tahun 1936 untuk memperingati Jubli Perak King George V dan Queen Mary.





The Carnivall
===========
The Carnivall merupakan sebuah taman tema air di Sungai Petani. Taman tema ini dibuka pada 25 Disember 2006 dan terletak kira-kira 5 km dari pusat bandar. Sekiranya anda datang dari Lebuhraya Utara Selatan, sila keluar ikut Exit 170-Sungai Petani Utara. Sila ambil jalan ke pusat bandar dan terdapat kemudahan papan tanda jalan untuk ke taman tema ini.


 
Sungai Merbok
=============
Sungai Merbok ialah sungai yang mengalir ke Selat Melaka dan mempunyai hutan paya bakau. Terdapat kemudahan pelancongan di sini. Pelancong boleh melawat Galeri Hutan Paya Bakau dan bersiar-siar di pesisir sungai. Ada juga disediakan kemudan bot pelancong untuk mereka yang ingin menyusuri sungai ini. Anda juga boleh berehat dan menjamu selera di restoran makanan laut.



Tanjung Dawai
============

Tanjung Dawai sebuah pekan kecil di barat Sungai Petani. Pekan ini merupakan sebuah perkampungan nelayan. Hasil laut diproses di sini untuk dijadikan makanan. Pelancong boleh mendapatkan ikan kering, ikan bilis, ikan masin, ikan pekasam dan pelbagai lagi hasil makanan laut dengan harga yang berpatutan. Perkhidmatan bas Mara Liner disediakan ke pekan ini dari bandar Sungai Petani.

Tanjung Dawai menempatkan Kompleks Lembaga Ikan Malaysia (LKIM), arked dan jeti Tanjung Dawai serta Medan Selera Ikan Bakar yang mampu menggamit kedatangan pelancong dari dalam dan luar negeri Kedah.




Kompleks Lembaga Ikan Malaysia (LKIM) merupakan pusat pendaratan ikan bagi nelayan-nelayan di Tanjung Dawai. Anda dapat melihat senario sebenar aktiviti nelayan setempat disamping dapat membeli hidupan laut yang masih segar. Arked Tanjung Dawai memberi kemudahan kepada pengunjung untuk membeli pelbagai produk hidupan laut samada kering atau basah dengan tawaran harga yang berpatutan.

Jeti Tanjung Dawai yang sentiasa dikunjungi terutamanya pada musim cuti memberi kemudahan pengangkutan ke Pantai Merdeka yang merupakan destinasi mandi-manda yang popular di Negeri Kedah. Bayaran yang dikenakan adalah berpatutan iaitu sebanyak RM2.00 pergi dan balik.




Taman Jubli Perak
===============
Taman ini dibina untuk memperingati sambutan Jubli Perak Sultan Kedah iaitu Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Kemudahan medan selera, trek joging, taman permainan, alatan sukan dan tandas awam disediakan di taman ini. Penduduk Sungai Petani menggunakan taman ini untuk aktiviti riadah pada sebelah pagi, petang atau hujung minggu.




Rekreasi Tupah
=============
Terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Jerai. Pusat perkelahan ini begitu popular di kalangan penduduk di daerah ini. Ia sentiasa dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat terutamanya pada musim cuti sekolah.

Kemudahan yang terdapat di pusat perkelahan ini adalah seperti surau, tandas dan gerai makan. Terdapat juga pelbagai juadah dijual di tepi jalan. Para pengunjung dapat bersuka ria di samping dapat melihat kehijauan flora dan fauna di kawasan hutan simpan.




Makam Sultan Muzaffar Shah
=======================

Makam Sultan Muzaffar Shah terletak di Kampung Langgar, Mukim Bujang. Mengikut catatan sejarah baginda adalah Sultan Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Sebelum memeluk agama Islam, baginda dikenali sebagai Maharaja Derbar Raja II dan telah memerintah negeri Kedah dari tahun 1136 hingga 1179. Baginda memeluk agama Islam melalui seorang alim dari Yaman iaitu Sheik Abdullah bin Sheik Ahmad bin Quamiri. Pada tahun 1179, Sultan Muzaffar Shah telah mangkat setelah baginda memerintah Kedah selama lebih kurang 43 tahun.




Ladang Anggur Tasik Beris
======================
LADANG ANGGOR di usahakan oleh Syarikat EXCEL AGROTECH , merupakan sebuah syarikat bumiputera yang ditubuhkan pada tahun 2007. Syarikat ini mempunyai dua ladang anggur iaitu di pinggir kawasan Empangan Beris yang mempunyai keluasan 4 ekar dengan jumlah tanaman anggor sebanyak 1000 pokok dan di Sungai Senam dengan keluasan 30 ekar dengan jumlah tanaman sebanyak 7000 pokok. 

Objektif utama mengusahakan ladang anggur ini adalah untuk menyahut seruan kerajaan supaya badan korporat menceburi bidang pertanian. Fokus utama adalah menjadikan Daerah Sik sebagai salah satu destinasi pelancongan iaitu dalam sektor agrotourism. Wujudnya tanaman anggur di daerah Sik membukti anggur bukan sahaja boleh ditanam pada iklim sejuk tetapi cuaca yang panas, juga sesuai ditanam.

Dengan adanya ladang anggur di daerah ini dapat membantu dan menggalakkan proses pembelajaran dalam bidang tanaman yang baru yang mana setiap hari menerima kunjungan daripada badan kerajaan, swasta, institusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah yang berminat mengetahui cara-cara penanaman anggur. Anggur ditanam menggunakan kaedah biji benih, keratan ranting, tunas dan penghasilan tisu kultur. 

Untuk mengeluarkan hasil yang baik tanaman anggur ini mengambil masa 10 hingga 12 bulan untuk matang. Black Grape, White Malaga dan Losu Plite antara jenis yang ditanam untuk pasaran tempatan.

Gerai jualan hasil dibuka dari 
9.30 pagi hingga 6.30 petang

BERIS LAKE VINEYARD
(LADANG ANGGUR TASIK BERIS)
Lot 264, Kampung Ternas, 08200 Sik,
Kedah Darul Aman.
Tel : 04-4620466, H/P: 019-5667908,
Email : Excel agro @ yahoo.com.




Menara Alor Setar
================

Keunikkan Menara Alor Setar ialah anda akan mendapat pandangan mata burung untuk anda menikmati panorama sekitar Bandaraya Alor Setar . Ini merupakan perkara pertama yang perlu anda lakukan apabila anda tiba di Bandar Alor Setar ialah dengan segera ke Menara Alor Setar. Di atas puncak menara ini anda akan menikmati semua pemandangan indah bandar di atas menara setinggi 165.5m (543ft) sebelum anda meneruskan lawatan ke tempat lain yang popular sekitar mercu tanda Bandaraya Alor Setar.

Menara Alor Setar merupakan menara Kedua tertinggi di Malaysia dan yang ke- 19 tertinggi di dunia dan merupakan kebanggaan untuk rakyat Negeri Kedah.

Menara Alor Setar merupakan jeram pembangunan dan masih mengekalkan keunikan melalui seni bina yang unik. Di atas menara ini juga anda boleh menjamu selera kerana terdapat restoran berputar sambil menikmati panorama Alor Setar. Hidangan yang popular di atas menara ini ialah ‘steamboot’. Kepada peminat-peminat ‘steamboot’ jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati hidangan dan pengalaman berada di atas Menara Alor Setar.

Menara Alor Setar 
Lot 99, Lebuhraya Darul Aman, 
05100, Alor Star, Kedah Darul Aman Malaysia.
Tel : (604) - 720 2234 / 720 2901 
Fax : (604) - 720 2073




Hutan Lipur Bukit Hijau
===================

Hutan Lipur Bukit Hijau, merupakan kawasan rekreasi  dan hutan Lipur yang memiliki lebih dari sekadar kehijauan pokok-pokok dan aliran dari jeram yang deras. Ia juga memiliki kawasan air terjun 5 tingkat yang setiap satunya mempunyai bentuk yang berbeza antara satu dengan yang lain. Hutan Lipur Bukit Hijau terletak dalam Hutan Simpan Gunung Inas, Kedah dengan ketinggian di antara 150-200 meter di atas paras laut.

Sepanjang perjalanan untuk sampai ke air terjun, pengunjung boleh melihat pelbagai flora dan fauna dari jenis hutan disini. Datang dalam pelbagai bentuk dan jenis, antara tumbuhan utama yang terpampang di depan mata adalah Meranti Seraya, Meranti Tembaga serta Meranti Melantai. Sementara itu, di antara fauna yang terdapat di kawasan ini ialah gajah, tapir, rusa, kijang, lotong kekabu, tupai serta pelbagai spesies burung dan unggas. Kalau hendak melihat gajah, mungkin itu peluang sekali seumur hidup. Maklumlah, bukan mudah mahu melihat haiwan ‘pemalu’ itu berkeliaran sesuka hati di dalam kawasan tumpuan pengunjung. Tetapi jika anda mengharapkan burung dan unggas, anda pasti tidak akan kecewa kerana haiwan-haiwan itu agak mudah dilihat di sini.

Beberapa kemudahan asas disediakan di sini seperti tempat untuk berkelah, tapak perkhemahan, laluan ‘trekking’ atau untuk berjogging. Tidak ketinggalan kemudahan gerai makanan untuk anda mengalas perut. Malah, kemudahan surau juga tersedia.

Jika mahukan aktiviti lebih dari sekadar mandi-manda, anda boleh melakukan aktiviti merentas hutan dengan menggunakan denai khas yang akan membawa anda ke Gunung Inas, Gunung Bintang Utara, Bukit Baubak dan Bukit Hijau.

Hutan Lipur Bukit Hijau ini terletak 45 kilometer dari Pekan Baling, 42 kilometer dari Bandar Kulim dan 45 kilometer dari Bandar Sungai Petani. Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh memandu menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Pekan Kuala Ketil atau dari Bandar Kulim.


  

Balai Besar Alor Setar
===================
Fungsi asal Balai Besar adalah sebagai Balai Rongseri atau Balai Penghadapan. Ia merupakan sebahagian daripada kompleks Istana Kota Setar yang terletak di belakang bangunan ini. Pembinaannya dimulakan pada tahun 1735 oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muazzam Shah, Sultan Kedah ke-19 (1710 - 1778). Bahan binaan untuk tiang, atap dan lantainya diperbuat daripada kayu. 

Balai Besar dibina dengan gabungan keindahan senibina dan mempamerkan kehalusan dan kesenian pertukangan kayu Melayu yang mengkagumkan. Kayu Cengal Emas digunakan sebagai bahan utama dalam pembinaan. Bangunan Balai Besar juga dihiasi dengan ukiran berwarna keemasan dan cermin dari Cina pada bumbungnya. Terdapat 42 tiang utama yang masih kukuh sehingga hari ini. 

Bangunan ini pernah mengalami kerosakan akibat serangan Armada Bugis (1770) dan Siam (1821). Semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid Shah, Sultan kedah ke-26 (1882 - 1943), bangunan ini telah dibaikpulih (1896) oleh Jabatan Kerja Raya Negeri yang diketuai oleh seorang arkitek, Muhammad bin Lebai Tambi sebagai persediaan untuk melagsungkan perkahwinan putera-puteri baginda lima bersaudara (1904). 

Selain majlis perkahwinan, Balai Besar ini juga digunakan untuk melangsungkan majlis pertabalan, majlis-majlis rasmi dan persidangan Majlis Negeri (state Council) sejak 1905 hingga 1973. Pada 1805, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II, Sultan Kedah ke-22 (1804 - 1845) telah ditabalkan secara rasmi di Balai Besar ini dan diikuti oleh KDYMM Tuanku Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 20 Februari 1959.



Tree Top Walk Sungai Sedim
======================
Tree Top Walk Sungai Sedim ialah sebuah lokasi ekopelancongan yang terletak di Hutan Simpan Gunung Inas, Kulim,Kedah, berhampiran Bukit Hijau. Di sini terdapat titian kanopi sepanjang 950 meter dan setinggi 50 m dari tanah yang merupakan titian terpanjang di dunia.

Tree Top Walk, Sedim juga merupakan adalah titi gantung sepanjang 1.5 km. Ianya terletak di kawasan Hutan lipur Sungai Sedim dan hanya 30km daripada Bandar Kulim. The Tree Top Walk mempunyai ketinggian sehingga 34450 mm dari aras tanah. Hutan Lipur Sedim terletak di kawasan Gunung Inas yang cantik dan dipenuhi alam flora dan fauna.


Disamping merasai keseronokan menaiki titi gantung ini, pengunjung juga dapat menikmati keindahan alam semula jadi yang segar, hijau dan nyaman. Pengunjung juga boleh mengenalpasti setiap jenis pokok yang terdapat di Hutan Lipur ini kerana setiap flora telah diletakkan label.

Setelah penat berjalan, penginapan juga ada disediakan. Bintang Sedim Villa bertaraf chalet. Ringkas, cantik dan nyaman, itulah konsep Bintang Sedim Villa. Disini juga pengunjung boleh melakukan aktiviti lasak seperti berkayak dan aktiviti mendaki gunung.

Pelancong boleh melihat pemandangan sungai yang mengalir deras dan jenis-jenis tumbuhan dan kehidupan liar yang sungguh menawan – kesemuanya dari ketinggian 50 m dari tanah.



Musium Padi Kedah
================

Muzium Padi Kedah Darul Aman yang terletak di Gunung Keriang, Alor Setar telah dibuka dengan rasminya oleh KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL SULTAN ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH pada 12 Oktober 2004 bersamaan 27 Syaaban 1425 Masihi.

Terletak di kawasan Gunung Keriang . Bangunannya yang berbentuk gemai padi ini mempunyai sebuah bangunan induk dan enam buah bangunan sampingan disekelilingnya. Bernilai lebih RM24 juta didirikan di atas tanah seluas 12,000 meter persegi.

Di dalam bangunan ini terdapat artifak-artifak penanaman padi kaedah baru dan lama. Para pengunjung boleh menyaksikan sendiri bagaimana padi di tanam. Alatan-alatan yang digunakan juga dipamerkan untuk para pengunjung. Dimana muzium yang berlatar belakangkan Gunung Keriang ini kelihatan seperti berada di tengah-tengah hamparan hijau, jika anda berkunjung pada musim menanam dan dalam hamparan keemasan pada musim padi masak.




Kolam Air Panas Ulu Lenggong Baling
=============================

The Ulu Legong Hot Spring Recreational Centre, located 22km from Baling, is a popular spot for those wanting to enjoy a therapeutic soak in its hot mineral waters. As the only hot spring in operation 24 hours, a hot dip is particularly gratifying when the temperature decreases at night. 

Apart from those seeking relaxation, people with ailments and skin problems go there to seek therapeutic treatment by immersing themselves in the five hot spring pools which contain high sulphuric content and water temperatures between 30ºC and 60ºC.



13 ulasan:

  1. Balasan
    1. Hello semua,
      Nama saya Mr, Rugare Sim. Saya tinggal di Belanda dan saya seorang yang bahagia hari ini? dan saya memberitahu diri saya bahawa mana-mana pemberi pinjaman yang menyelamatkan saya dan keluarga saya dari keadaan buruk kami, saya akan merujuk kepada mana-mana orang yang mencari pinjaman kepadanya, dia memberikan kebahagiaan kepada saya dan keluarga saya, saya memerlukan pinjaman sebanyak € 300,000.00 untuk memulakan hidup saya secara keseluruhan kerana saya seorang Bapa tunggal dengan 2 anak saya bertemu dengan pemberi pinjaman lelaki yang jujur ​​dan takut kepada Allah yang menolong saya dengan pinjaman sebanyak € 300,000.00, dia adalah orang yang takut kepada Allah, jika anda memerlukan pinjaman dan anda akan membayar balik pinjaman sila hubungi dia memberitahunya bahawa (Mr, Rugare Sim) merujuk anda kepadanya. Hubungi Encik, Mohamed Careen melalui e-mel: (arabloanfirmserves@gmail.com)


      BORANG MAKLUMAT PERMOHONAN PINJAMAN
      Nama pertama......
      Nama tengah.....
      2) Jantina: ………
      3) Jumlah Pinjaman Yang Diperlukan: ………
      4) Tempoh Pinjaman: ………
      5) Negara: ………
      6) Alamat Rumah: ………
      7) Nombor Mudah Alih: ………
      8) Alamat e-mel ..........
      9) Pendapatan Bulanan: ………………….
      10) Pekerjaan: ………………………
      11) Laman web manakah anda di sini mengenai ………………….
      Terima kasih dan salam mesra.
      E-mel arabloanfirmserves@gmail.com

      Padam
  2. Sy ade thu satu...dia kawasan merbok sg.petani,..damai park resort..dekt ngn kebanyakan tmpt pelancongan kt atas...

    BalasPadam
  3. Sy ade thu satu...dia kawasan merbok sg.petani,..damai park resort..dekt ngn kebanyakan tmpt pelancongan kt atas...

    BalasPadam
  4. Tunggu sat kedah nanti ceq mai ngan kawan ceq dari kolumpoq datang p cuti kat sana.Tenang tenangkan fikiran.InsyaallahB-)

    BalasPadam
  5. Ladang anggur tasik beris dah tak beroperasi dah.

    BalasPadam
  6. Halo,
    Nama saya ROBBI dari Cirebon Jawa Barat Indonesia, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu Alicia Radu kerana membantu saya mendapatkan pinjaman yang baik setelah saya banyak mengalami pinjaman dari pemberi pinjaman online palsu yang menipu saya untuk mendapatkan uang tanpa memberikan pinjaman, saya telah memerlukan pinjaman selama 3 tahun terakhir untuk memulakan perniagaan saya sendiri di kota Cirebon di mana saya tinggal dan saya jatuh ke tangan sebuah syarikat palsu di Turki yang telah menipu saya dan tidak menawarkan saya pinjaman. dan saya sangat Frustrasted kerana saya kehilangan semua wang saya ke sebuah syarikat palsu di Turki, kerana saya berhutang kepada bank saya dan kawan-kawan saya dan saya tidak ada sesiapa pun untuk berlari, sehinggalah satu hari setia bahawa kawan saya memanggil Siti Aminah setelah membaca kesaksiannya tentang bagaimana dia mendapat pinjaman dari Ibu Alicia Radu, jadi saya terpaksa menghubungi Siti Aminah dan dia memberitahu saya dan meyakinkan saya untuk menghubungi Ibu Alicia Radu bahawa dia adalah seorang ibu yang baik dan saya terpaksa menaruh keberanian dan saya menghubungi Ibu Alicia. Radu dan saya terkejut dengan pinjaman saya yang diproses dan diluluskan dan dalam masa 3 jam pinjaman saya dipindahkan ke akaun saya dan saya sangat terkejut bahawa ini adalah satu keajaiban dan saya mesti memberi keterangan mengenai kerja baik Ibu Alicia Radu
    jadi saya nasihat semua orang yang memerlukan pinjaman untuk menghubungi e-mel Ibu Alicia Radu: (aliciaradu260@gmail.com) dan saya memberi jaminan bahawa anda akan memberi keterangan seperti yang telah saya lakukan dan anda juga boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut mengenai Ibu Alicia Radu email saya : (robbi5868@gmail.com) dan anda masih boleh menghubungi Siti Aminah yang memperkenalkan saya kepada ibu Alicia Radu melalui e-mel: (sitiaminah6749@gmail.com)
    semoga Allah terus memberkati dan menyayangi ibu Alicia Radu untuk mengubah kehidupan kewangan saya

    BalasPadam
  7. Hello semua,
    Nama saya Mr, Rugare Sim. Saya tinggal di Belanda dan saya seorang yang bahagia hari ini? dan saya memberitahu diri saya bahawa mana-mana pemberi pinjaman yang menyelamatkan saya dan keluarga saya dari keadaan buruk kami, saya akan merujuk kepada mana-mana orang yang mencari pinjaman kepadanya, dia memberikan kebahagiaan kepada saya dan keluarga saya, saya memerlukan pinjaman sebanyak € 300,000.00 untuk memulakan hidup saya secara keseluruhan kerana saya seorang Bapa tunggal dengan 2 anak saya bertemu dengan pemberi pinjaman lelaki yang jujur ​​dan takut kepada Allah yang menolong saya dengan pinjaman sebanyak € 300,000.00, dia adalah orang yang takut kepada Allah, jika anda memerlukan pinjaman dan anda akan membayar balik pinjaman sila hubungi dia memberitahunya bahawa (Mr, Rugare Sim) merujuk anda kepadanya. Hubungi Encik, Mohamed Careen melalui e-mel: (arabloanfirmserves@gmail.com)


    BORANG MAKLUMAT PERMOHONAN PINJAMAN
    Nama pertama......
    Nama tengah.....
    2) Jantina: ………
    3) Jumlah Pinjaman Yang Diperlukan: ………
    4) Tempoh Pinjaman: ………
    5) Negara: ………
    6) Alamat Rumah: ………
    7) Nombor Mudah Alih: ………
    8) Alamat e-mel ..........
    9) Pendapatan Bulanan: ………………….
    10) Pekerjaan: ………………………
    11) Laman web manakah anda di sini mengenai ………………….
    Terima kasih dan salam mesra.
    E-mel arabloanfirmserves@gmail.com

    BalasPadam
  8. Kami di sini untuk menyediakan pinjaman antara minimum $10,000.00 hingga maksimum $100,000,000.00, iaitu jika anda ingin memohon dalam dolar. Walaupun anda dari Indonesia, anda boleh memohon pinjaman minimum Rp100juta maksimum Rp 25 bilion jadi walaupun anda dari Malaysia anda boleh memohon pinjaman minimum Rm 30k dan maksimum Rm 850k. Anda juga boleh memohon dalam mata wang lain yang tidak disebutkan di atas, kami sentiasa di sini untuk menyediakan pinjaman yang anda perlukan untuk menampung semua perbelanjaan kewangan anda pada kadar yang sangat rendah, kerana kami telah melakukan ini selama bertahun-tahun dan ia telah berjaya dan bermanfaat untuk kedua-duanya. pemberi pinjaman dan peminjam, jadi kami ada testimoni di mana-mana<<<<>> >> Testimoni terakhir Farouk dari Malaysia dengan jumlah RM 2.3 juta dan juga Indra dari Indonesia dengan jumlah Rp 570 juta, jadi tolong jangan' t mengetepikan transaksi yang sangat mesra kepada pelanggan ini<<<<<>>> >>>>

    Butiran Perhubungan Ada Di Bawah

    Nama syarikat: SYARIKAT PINJAMAN ISKANDAR LESTARI
    e-mel::>[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
    WhatsApp::[+6282274045059]

    BalasPadam